Thursday, October 28, 2010

Majlis Kenduri Aqiqah & Cukur Jambul Puteri Kami

Assalamualaikum semua kenalan,


Dengan segala hormat & sukacitanya mempersilakan...
Ke Undangan Majlis Kenduri Aqiqah & Cukur Jambul Puteri Kami:
Nur Fateena Izma
Pada: 6 November 2010/29 Zulkaedah 1431H
Beralamat di:Felda Adela, Kota Tinggi, Johor
Atucara Majlis: 2.00pmBacaan Yassin, Marhaban, Cukur Jambul

Wednesday, September 22, 2010

Bergambar bersama keluarga tersayang...besar sungguh familyku...semoga kami semua berbahagia dan hidup dalam keadaan aman serta sentiasa muafakat sesama keluarga.


Bersama keluarga isteriku yang tercinta..semoga kami bahagia dan hidup aman damai dan bahagia.

Dari Azmi saekeluarga.

Thursday, September 2, 2010

Salam Lebaran Buat Semua

Kami Sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Semoga hari raya yang bakal menjelma menginsafkan kita lagi dengan kehidupan hari ini dan akan datang.
Wallahualam.

Ikhlas dari;
Azmi sekeluarga.

Wednesday, August 25, 2010

Lama tak update...apa2 pun SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA...

Assalamualaikum...

berjumpa lagi sahabat-sahabat sekalian..hmm...lama dah aku tak update blog ni...rindu gak...bukan aper byk bzla...takperla aper2 pun aku try update sebaik mungkin..heheh...

Azmi...

Wednesday, March 3, 2010

Jemputan Majlis Jamuan Petang 1Malaysia Bersama Perdana Menteri Malaysia

 
Pada 13 Mac 2010 ini saya akan pergi ke kediaman rasmi PM untuk majlis Jamuan petang bersama Dato' Seri Najib. Pertemuan ini tidak akan saya sia-siakan kerana terdapat beberapa soalan yang saya ingin bertanya kepada beliau antaranya adalah :
"Saya merupakan anak peneroka dan mewarisi generasi kedua peneroka Felda, soalan saya apakah keistimewaan saya sebagai generasi kedua dan apakah visi & misi anak peneroka iaitu generasi saya pada masa akan datang untuk membangunkan negara selaras dengan matlamat Dato’ Seri supaya dapat melahirkan generasi belia yang berwawasan terutamanya wakil daripada generasi belia Felda"

Saya berharap pertemuan saya bersama-sama rakan-rakan yang lain dapat membuahkan hasil yang bermakna.

Sunday, February 28, 2010

Bersama-sama Doakan Kesihatan Atuk

 
Pada hujung minggu yang lepas sy bersama-sama keluarga, Abg Nazri & Kak Intan melawat Atuk di Hospital Besar Pontian. Hmm...sedih sangat melihat keadaan atuk yang boleh dikatakan tenat. sambil merenung atuk...hatiku hiba...sedih...dan menangis...semoga atuk tabah dengan dugaan Allah S.W.T.InsyaAllah, sama-samalah kita mendoakan kesejahteraannya. Ramai saudara-mara menziarahi atuk. Memandangkan usia atuk sekarang sudah menjangkau 86 tahun..sy rasa inilah peluang untuk kami menatap wajah atuk selagi atuk masih ada. Kasihan kami lihat keadaannya kerana segala pertuturan atuk lemah dan tak bermaya. Kami berharap dan berdoa semoga atuk di rahmati oleh Allah S.W.T InsyaAllah.

Wednesday, February 24, 2010

Training -BIG-IP-Local Traffic Manager Essentials (F5)

    Pada 22 hingga 23 Februari 2010 yang lepas, saya telah pergi menjalani latihan F5 di Convergence Network, Petaling Jaya selama 2 hari. Walaupun keadaan tangan masih lagi kurang memuaskan tetapi demi mendalami ilmu-ilmu yang boleh di manfaatkan semasa bekerja tetap di teruskan.
    Alhamdulillah, saya telah pergi bersama-sama Faizal (rakan sekerja di UPNM), tidak lupa saya ucapkan jutaan terima kasih coz sudi amik & hantar saya pulang sepanjang latihan yang dijalankan..semoga tuhan dapat membalas jasa baik beliau.
 Tidak lupa juga pada isteri & anak-anak saya kerana memberi peluang saya untuk pergi ke Petaling Jaya untuk latihan tersebut...ayah sayang kamu semua. Sepanjang latihan di adakan banyak ilmu yang dapat saya dalami oleh tenaga pengajar iaitu Mr Travis (satu-satunya trainer F5 di Malaysia)...ilmu yang dicurahkan InsyaAllah akan di gunakan sebaik-baiknya.
Kami telah di ajarkan di salah sebuah makmal latihan seperti di sebelah.Suasana makmal tersebut amat sesuai bagi menjalani latihan tersebut.

Di bawah semasa rehat sebelum memulakan modul seterusnya...hmmm pening gak kepala ni..hehheh...
                       (Bersama-sama Faizal...possing dulu sebelum belajar)
Apa nak buat...kalau tak faham tanya jangan tak tanya..ni tak buat-buat tak paham lak...huhuu...

 
(Bersama-sama trainer (tengah) dan salah seorang peserta latihan)
Setelah tamat latihan tersebut, saya berharap agar segala ilmu yang di ajar dapat digunakan bagi tujuan lah kerja yang cemerlang bagi memperkukuhkan lagi keyakinan saya untuk menghadapi sebarang masalah teknikal atau masalah-masalah yang seumpamanya.

Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak sepanjang latihan tersebut...Sekian....
Related Posts with Thumbnails