Wednesday, March 3, 2010

Jemputan Majlis Jamuan Petang 1Malaysia Bersama Perdana Menteri Malaysia

 
Pada 13 Mac 2010 ini saya akan pergi ke kediaman rasmi PM untuk majlis Jamuan petang bersama Dato' Seri Najib. Pertemuan ini tidak akan saya sia-siakan kerana terdapat beberapa soalan yang saya ingin bertanya kepada beliau antaranya adalah :
"Saya merupakan anak peneroka dan mewarisi generasi kedua peneroka Felda, soalan saya apakah keistimewaan saya sebagai generasi kedua dan apakah visi & misi anak peneroka iaitu generasi saya pada masa akan datang untuk membangunkan negara selaras dengan matlamat Dato’ Seri supaya dapat melahirkan generasi belia yang berwawasan terutamanya wakil daripada generasi belia Felda"

Saya berharap pertemuan saya bersama-sama rakan-rakan yang lain dapat membuahkan hasil yang bermakna.

No comments:

Related Posts with Thumbnails