Wednesday, February 24, 2010

Training -BIG-IP-Local Traffic Manager Essentials (F5)

    Pada 22 hingga 23 Februari 2010 yang lepas, saya telah pergi menjalani latihan F5 di Convergence Network, Petaling Jaya selama 2 hari. Walaupun keadaan tangan masih lagi kurang memuaskan tetapi demi mendalami ilmu-ilmu yang boleh di manfaatkan semasa bekerja tetap di teruskan.
    Alhamdulillah, saya telah pergi bersama-sama Faizal (rakan sekerja di UPNM), tidak lupa saya ucapkan jutaan terima kasih coz sudi amik & hantar saya pulang sepanjang latihan yang dijalankan..semoga tuhan dapat membalas jasa baik beliau.
 Tidak lupa juga pada isteri & anak-anak saya kerana memberi peluang saya untuk pergi ke Petaling Jaya untuk latihan tersebut...ayah sayang kamu semua. Sepanjang latihan di adakan banyak ilmu yang dapat saya dalami oleh tenaga pengajar iaitu Mr Travis (satu-satunya trainer F5 di Malaysia)...ilmu yang dicurahkan InsyaAllah akan di gunakan sebaik-baiknya.
Kami telah di ajarkan di salah sebuah makmal latihan seperti di sebelah.Suasana makmal tersebut amat sesuai bagi menjalani latihan tersebut.

Di bawah semasa rehat sebelum memulakan modul seterusnya...hmmm pening gak kepala ni..hehheh...
                       (Bersama-sama Faizal...possing dulu sebelum belajar)
Apa nak buat...kalau tak faham tanya jangan tak tanya..ni tak buat-buat tak paham lak...huhuu...

 
(Bersama-sama trainer (tengah) dan salah seorang peserta latihan)
Setelah tamat latihan tersebut, saya berharap agar segala ilmu yang di ajar dapat digunakan bagi tujuan lah kerja yang cemerlang bagi memperkukuhkan lagi keyakinan saya untuk menghadapi sebarang masalah teknikal atau masalah-masalah yang seumpamanya.

Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak sepanjang latihan tersebut...Sekian....
Related Posts with Thumbnails