Thursday, September 2, 2010

Salam Lebaran Buat Semua

Kami Sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Semoga hari raya yang bakal menjelma menginsafkan kita lagi dengan kehidupan hari ini dan akan datang.
Wallahualam.

Ikhlas dari;
Azmi sekeluarga.

Wednesday, August 25, 2010

Lama tak update...apa2 pun SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA...

Assalamualaikum...

berjumpa lagi sahabat-sahabat sekalian..hmm...lama dah aku tak update blog ni...rindu gak...bukan aper byk bzla...takperla aper2 pun aku try update sebaik mungkin..heheh...

Azmi...

Wednesday, March 3, 2010

Jemputan Majlis Jamuan Petang 1Malaysia Bersama Perdana Menteri Malaysia

 
Pada 13 Mac 2010 ini saya akan pergi ke kediaman rasmi PM untuk majlis Jamuan petang bersama Dato' Seri Najib. Pertemuan ini tidak akan saya sia-siakan kerana terdapat beberapa soalan yang saya ingin bertanya kepada beliau antaranya adalah :
"Saya merupakan anak peneroka dan mewarisi generasi kedua peneroka Felda, soalan saya apakah keistimewaan saya sebagai generasi kedua dan apakah visi & misi anak peneroka iaitu generasi saya pada masa akan datang untuk membangunkan negara selaras dengan matlamat Dato’ Seri supaya dapat melahirkan generasi belia yang berwawasan terutamanya wakil daripada generasi belia Felda"

Saya berharap pertemuan saya bersama-sama rakan-rakan yang lain dapat membuahkan hasil yang bermakna.

Sunday, February 28, 2010

Bersama-sama Doakan Kesihatan Atuk

 
Pada hujung minggu yang lepas sy bersama-sama keluarga, Abg Nazri & Kak Intan melawat Atuk di Hospital Besar Pontian. Hmm...sedih sangat melihat keadaan atuk yang boleh dikatakan tenat. sambil merenung atuk...hatiku hiba...sedih...dan menangis...semoga atuk tabah dengan dugaan Allah S.W.T.InsyaAllah, sama-samalah kita mendoakan kesejahteraannya. Ramai saudara-mara menziarahi atuk. Memandangkan usia atuk sekarang sudah menjangkau 86 tahun..sy rasa inilah peluang untuk kami menatap wajah atuk selagi atuk masih ada. Kasihan kami lihat keadaannya kerana segala pertuturan atuk lemah dan tak bermaya. Kami berharap dan berdoa semoga atuk di rahmati oleh Allah S.W.T InsyaAllah.

Wednesday, February 24, 2010

Training -BIG-IP-Local Traffic Manager Essentials (F5)

    Pada 22 hingga 23 Februari 2010 yang lepas, saya telah pergi menjalani latihan F5 di Convergence Network, Petaling Jaya selama 2 hari. Walaupun keadaan tangan masih lagi kurang memuaskan tetapi demi mendalami ilmu-ilmu yang boleh di manfaatkan semasa bekerja tetap di teruskan.
    Alhamdulillah, saya telah pergi bersama-sama Faizal (rakan sekerja di UPNM), tidak lupa saya ucapkan jutaan terima kasih coz sudi amik & hantar saya pulang sepanjang latihan yang dijalankan..semoga tuhan dapat membalas jasa baik beliau.
 Tidak lupa juga pada isteri & anak-anak saya kerana memberi peluang saya untuk pergi ke Petaling Jaya untuk latihan tersebut...ayah sayang kamu semua. Sepanjang latihan di adakan banyak ilmu yang dapat saya dalami oleh tenaga pengajar iaitu Mr Travis (satu-satunya trainer F5 di Malaysia)...ilmu yang dicurahkan InsyaAllah akan di gunakan sebaik-baiknya.
Kami telah di ajarkan di salah sebuah makmal latihan seperti di sebelah.Suasana makmal tersebut amat sesuai bagi menjalani latihan tersebut.

Di bawah semasa rehat sebelum memulakan modul seterusnya...hmmm pening gak kepala ni..hehheh...
                       (Bersama-sama Faizal...possing dulu sebelum belajar)
Apa nak buat...kalau tak faham tanya jangan tak tanya..ni tak buat-buat tak paham lak...huhuu...

 
(Bersama-sama trainer (tengah) dan salah seorang peserta latihan)
Setelah tamat latihan tersebut, saya berharap agar segala ilmu yang di ajar dapat digunakan bagi tujuan lah kerja yang cemerlang bagi memperkukuhkan lagi keyakinan saya untuk menghadapi sebarang masalah teknikal atau masalah-masalah yang seumpamanya.

Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak sepanjang latihan tersebut...Sekian....

Saturday, February 20, 2010

Bermandi-manda di Wet World Air Panas Pedas


"Perjalanan jauh tak ku rasa..kerna hati ku melonjak sana...ingin mandi bersama-sama...heheheh.."

       Pada 20 Februari 2010 (Sabtu), macam biasa aktiviti bersiar-siar walaupun tangan masih tidak sempurna sepenuhnyer.Kali ini destinasi pilihan adalah di Wet World, Air Panas Pedas Linggi...huhuh..luar negeri tuu..
      Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 10.00 pagi,almaklumlah pergi dengan adik-adik wife. Sampai lebih kurang pukul 11.15 pagi (mak datuk dah panas terik dah)... huhuu...kesian nadhrah,wicha & aimey(anak sedara)..hmmmm...tapi selamat gak sampai. Biasala sebelum masuk tu sibuk cari pelampung..takut tenggelam budak-budak nie.

 Dekat sebelah ni bergambar di depan Wet world tu...


 
Hehehehh...seronok gak, tapi penat gila..
Dah lepas mandi-manda..huhuhu apa lagi makanla..perut kosong tambahan banyak terminum air...

 
 Mandi.....mandi...huhu..bestnya...

"Do let our kids have all the Fun!!"

Thursday, February 18, 2010

Berjalan-jalan di Jaya Jusco Tebrau

Pada 14 Februari 2010 (Sabtu) yang lepas, kami sekeluarga pergi ke Pasaraya Jaya Jusco Tebrau. Hmm...ramai orang di situ, ingat nak tengok Lu Pikir La Sendri..tapi mak datuk ramai orang beratur nak beli tiket,maka aktiviti tengok wayang batal...Kami semua tukar program bawak budak2 main-main di taman permainan...
 
Seronok betul keletah budak2 ni bermain..heehhe...nak tumpang sekaki boleh...

 
Lepas main taman apa lagi bawak gi main keta...huhuh...seronok betul...

Si Comel sempat berehat sebelum mulakan aksi yang lebih dramatik...drift...
Selepas berjalan-jalan kami sekeluarga pulang ke rumah kokde balik....Sekian.
Related Posts with Thumbnails